Love Our Nature
Segala-galanya tentang alam semulajadi yang terpelihara. Salah satu hutan terpelihara ialah di Taman Negara yang terletak di Jerantut, Pahang Darul Makmur. Udara yang sentiasa segar dan tenang di waktu pagi yang dilengkapi dengan embun di puncak bukit dan gunung. Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dipelihara dengan rapi supaya habitatnya tidak diterokai. Kehidupan yang sangat berbeza dengan kehidupan di bandar, di mana penduduk yang tinggal di kawasan ini masih menggunakan pengangkutan air untuk ke suatu tempat. Pelbagai aktiviti yang boleh kita dapati di sini. Antaranya kita dapat melawat perkampungan orang asli, dapat mendaki bukit iaitu Bukit Terisek, Canopy Walk atau Jambatan Gantung, Night Walk iaitu berjalan di dalam hutan pada waktu malam dan banyak lagi. Dengan adanya tempat-tempat seperti ini, ia dapat menarik perhatian pelancong untuk melancong di negara kita, Malaysia.
Penduduk mencari punca rezeki melalui penjualan kuih muih tradisional yang merupakan salah satu punca rezeki mereka selain dari menjadi pemilik resort..
Bot sebagai salah satu kenderaan yang digunakan untuk menyeberangi sungai.
Salah satu pasangan pelancong yang makan roti canai.
Antara pelancong yang datang mengunjungi Taman Negara.
Salah satu tumbuhan pelik yang terdapat di dalam hutan ini di mana daun ini akan berwarna menjadi biru apabila terkena cahaya matahari.
Pokok buluh yang dipelihara yang tumbuh di dalam hutan.
Hutan yang lindungi menjadi laluan haiwan tanpa sebarang gangguan manusia. Gambar menunjukkan kesan laluan tapir yang masuk untuk mencari makanan.
'Canopy Walk' di mana para pengunjung yang datang ke hutan ini dapat melihat keindahan hutan dari pandangan atas.
Akar-akar tumbuhan yang berlingkar dalam pelbagai bentuk yang terdapat di dalam hutan pelihara ini yang menandakan hutan ini dijaga dengan rapi tanpa diteroka.