Monday, February 28, 2011

Sumbangan mangsa banjir

ALOR STAR : Sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Doktor Cheah Soon Hai yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Derga. Sumbangan yang berbentuk wang tunai sebanyak RM500 disumbangkan kepada mangsa banjir pada tahun 2010 yang lalu. Sumbangan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir seramai 1800 orang. Pemberian sumbangan bermula dari jam 8.30 hingga 4.30 petang.

Orang ramai mendaftar sebelum menerima sumbangan

Antara Anggota Rela yang mengawal keadaan sementara orang ramai beratur menunggu giliran untuk menerima sumbangan

Sumbangan dimulakan kepada golongan yang kurang upaya

Kemudian sumbangan diberikan kepada orang ramai



Sunday, February 20, 2011

Jom Teropong!

Jom Teropong Angkasa antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan pada 19 Februari 2011. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 malam hingga 11.00 malam yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Diantara gelagat kanak-kanak yang dapat melihat bulan dengan teleskop.


Orang ramai beratur dan tidak mahu melepaskan peluang meneropong bulan di angkasa.

Wednesday, February 16, 2011

Prophet Muhammad S.A.W

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1432 Hijrah / 2011 Masihi yang telah disempurnakan oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi yang bertempat di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kumpulan nasyid, Hijjaz.


Friday, February 11, 2011

Jejak yang tinggal


Gambar ini diambil di dalam kawasan flat pekeliling, Kuala Lumpur. Saya menunjukkan kasut ini yang menceritakan tentang jejak peninggalan penduduk flat setelah bertahun-tahun.

Thursday, February 3, 2011

Gardenia...sungguh enak dimakan begitu saja.

Banyakkan lori gardenia?? Kenapa banyak lori gardenia??? Sebab depan rumah aku ni ada office untuk staff gardenia... Bila waktu petang dalam pukul 6...lori-lori ni dah habis beroperasi... Lori-lori ni akan start beroperasi seawal 4 pagi...