Tuesday, March 22, 2011

Perayaan Menunduk Api

Berdoa memohon keampunan.

Memberi kehormatan pada tokong.

Patung yang dibawa berarak sebelum diletakkan di atas takhta.

Patung diletakkan di atas takhta.

Tradisi perayaan sama seperti Thaipusam kerana ia juga menggunakan kelapa.

Menyediakan makanan untuk dibawa semasa berarak.

Perayaan dimeriahkan dengan tarian sebelum tokong diarak sekitar bandar.

Tokong diarak sekitar bandar sejauh 15 kilometer.

Monday, March 14, 2011

Taman Negara, Pahang

Love Our Nature

Segala-galanya tentang alam semulajadi yang terpelihara. Salah satu hutan terpelihara ialah di Taman Negara yang terletak di Jerantut, Pahang Darul Makmur. Udara yang sentiasa segar dan tenang di waktu pagi yang dilengkapi dengan embun di puncak bukit dan gunung. Haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang dipelihara dengan rapi supaya habitatnya tidak diterokai. Kehidupan yang sangat berbeza dengan kehidupan di bandar, di mana penduduk yang tinggal di kawasan ini masih menggunakan pengangkutan air untuk ke suatu tempat. Pelbagai aktiviti yang boleh kita dapati di sini. Antaranya kita dapat melawat perkampungan orang asli, dapat mendaki bukit iaitu Bukit Terisek, Canopy Walk atau Jambatan Gantung, Night Walk iaitu berjalan di dalam hutan pada waktu malam dan banyak lagi. Dengan adanya tempat-tempat seperti ini, ia dapat menarik perhatian pelancong untuk melancong di negara kita, Malaysia.


Penduduk mencari punca rezeki melalui penjualan kuih muih tradisional yang merupakan salah satu punca rezeki mereka selain dari menjadi pemilik resort..

Bot sebagai salah satu kenderaan yang digunakan untuk menyeberangi sungai.

Salah satu pasangan pelancong yang makan roti canai.

Antara pelancong yang datang mengunjungi Taman Negara.

Salah satu tumbuhan pelik yang terdapat di dalam hutan ini di mana daun ini akan berwarna menjadi biru apabila terkena cahaya matahari.

Pokok buluh yang dipelihara yang tumbuh di dalam hutan.

Hutan yang lindungi menjadi laluan haiwan tanpa sebarang gangguan manusia. Gambar menunjukkan kesan laluan tapir yang masuk untuk mencari makanan.

'Canopy Walk' di mana para pengunjung yang datang ke hutan ini dapat melihat keindahan hutan dari pandangan atas.

Akar-akar tumbuhan yang berlingkar dalam pelbagai bentuk yang terdapat di dalam hutan pelihara ini yang menandakan hutan ini dijaga dengan rapi tanpa diteroka.

Monday, March 7, 2011

Wira-wira Negara

Hari Terbuka Tentera 2011

Perarakkan yang melibatkan askar-askar lelaki.

Perarakkan daripada askar-askar wanita.

Perarakkan askar-askar diraja.

Askar Diraja yang berkuda.

Diantara gimik sepanjang perarakkan berlangsung. Para sukarelawan bertungkus lumus membersihkan najis kuda.

Antara kenderaan rasmi tentera yang digunakan semasa di medan perang.

Detik kecemasan dimana ada diantara penonton yang pengsan semasa orang ramai berpusu-pusu untuk menyaksikan persembahan yang berlangsung.

Penonton kecil yang tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan hari terbuka walaupun dengan berkerusi roda.

Monday, February 28, 2011

Sumbangan mangsa banjir

ALOR STAR : Sumbangan wang tunai yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Doktor Cheah Soon Hai yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Derga. Sumbangan yang berbentuk wang tunai sebanyak RM500 disumbangkan kepada mangsa banjir pada tahun 2010 yang lalu. Sumbangan diberikan kepada mangsa-mangsa banjir seramai 1800 orang. Pemberian sumbangan bermula dari jam 8.30 hingga 4.30 petang.

Orang ramai mendaftar sebelum menerima sumbangan

Antara Anggota Rela yang mengawal keadaan sementara orang ramai beratur menunggu giliran untuk menerima sumbangan

Sumbangan dimulakan kepada golongan yang kurang upaya

Kemudian sumbangan diberikan kepada orang ramai



Sunday, February 20, 2011

Jom Teropong!

Jom Teropong Angkasa antara aktiviti yang telah dianjurkan oleh Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan pada 19 Februari 2011. Aktiviti ini bermula pada jam 8.30 malam hingga 11.00 malam yang bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Diantara gelagat kanak-kanak yang dapat melihat bulan dengan teleskop.


Orang ramai beratur dan tidak mahu melepaskan peluang meneropong bulan di angkasa.

Wednesday, February 16, 2011

Prophet Muhammad S.A.W

Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Selangor 1432 Hijrah / 2011 Masihi yang telah disempurnakan oleh DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR pada 15 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi yang bertempat di Stadium Malawati, Seksyen 13, Shah Alam. Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan dari kumpulan nasyid, Hijjaz.


Friday, February 11, 2011

Jejak yang tinggal


Gambar ini diambil di dalam kawasan flat pekeliling, Kuala Lumpur. Saya menunjukkan kasut ini yang menceritakan tentang jejak peninggalan penduduk flat setelah bertahun-tahun.